Resep Cake Berhantu

Cake Berhantu


Bahan-bahan

  1. kek coklat moist :
  2. 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
  3. 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  4. 1 cawan susu pekat manis
  5. 1 cawan serbuk koko
  6. 1 cawan gula halus / gula castor
  7. 2 biji telur Gred A
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 1/2 sudu teh soda
  10. 1/2 sudu teh baking powder
  11. 1/4 sudu teh garam
  12. cream cheese :
  13. 250 gr Cheese
  14. 500 ml UHT Whipping Cream
  15. 3 sudu besar susu pekat manis
  16. 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka
  17. coklat leleh :
  18. 250 gr coklat masakkan gelap
  19. 250 ml UHT Whipping Cream
  20. 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
  21. 1 sudu besar butter
  22. 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella
  23. 1 esen vanilla

Langkah

  1. Telur di pukul dengan wisk
    Ketepikan
     
     
  2. Satukan semua bahan kering dan ayak
    Ketepikan
     
     
  3. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
     
     
  4. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
     
     
  5. Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
    Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
    tutup api
     
     
  6. Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ (jika kek di kukus) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar
    Susun bekal aluminium dalam kukus
    Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
    Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
    Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
     
     
  7. Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese : Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
  8. Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
    * Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul
     
     
  9. Coklat Leleh : Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
    Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
    Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
    Biarkan coklat mencair
    Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
    Biarkan sejuk
     
     
  10. Penyelesaian : Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
    Potong kek kepada 2 kepingan (jika nak buat cheese di tengah). Ambil sedikit cheese (dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
    Kek yang telah di potong di letakkan cheese
    Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
     
     
  11. Ratakan cheese di atasnya
    Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
    Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
    Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
    Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
    Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
    Sedia di nikmati
     
     
  12. Cake Berhantu langkah memasak 11 foto
     
     

0 Response to "Resep Cake Berhantu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel